Senarai Semak Penting Sebelum Menjawab Peperiksaan PTD

Senarai Semak Penting Sebelum Menjawab Peperiksaan PTD

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai calon akan mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan, oleh itu anda disarankan untuk bersedia menghadapi peperiksaan.

Begitu juga sekiranya anda ingin menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik nanti, tiada apa yang hendak dirungsingkan sekiranya anda melakukan persediaan rapi. Ingat, Exam PTD Malaysia adalah sama seperti exam lain yang telah anda tempuhi sebelumnya, hanya format dan tahap kesukaran akan menduga anda.

Alasan sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengan peperiksaan tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan calon-calon perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca, mengingati dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk anda menghadapi peperiksaan.

Lihat juga: Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Persediaan dari segi pembacaan dan sebagainya adalah sesuatu yang perlu anda lakukan. Namun lebih dari itu anda juga perlu membuat beberapa persediaan penting sebelum menjawab peperiksaan. Secara tidak langsung apabila tiba hari menjawab peperiksaan anda telah pun bersedia sama ada secara mental dan fizikal. Hanya menunggu untuk menjawab dengan baik sahaja nanti.

Begitu jugalah dalam mana-mana peperiksaan yang dijalankan oleh pihak SPA Malaysia, anda perlu bersedia menjawab segala soalan yang akan dikemukakan nanti. Jika anda salah seorang calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik, maka anda PERLU bersedia dari segenap aspek. Mungkin exam PTD yang akan anda hadapi merupakan penentu kerjaya anda.

Lihat juga: Proses Lantikan PTD – Mahirkan Diri Anda Dengan Kerjaya Ini

Di bawah pihak kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai senarai semak penting sebelum anda menjawab peperiksaan PTD dan juga peperiksaan lain yang diadakan oleh pihak SPA Malaysia.

Senarai Semak Penting Sebelum Menjawab Peperiksaan PTD

Anda perlu semak semua kelengkapan anda untuk menduduki peperiksaan yang penting ini untuk mengelakkan sebarang masalah nanti.

  1. Pastikan anda bawa kad pengenalan dan surat panggilan peperiksaan.
  2. Pastikan pensel, dan pemadam yang dibawa adalah betul-betul mencukupi untuk keseluruhan peperiksaan pada hari tersebut. Jangan berharap agar calon lain akan meminjamkan alat tulis mereka kepada anda. Bawa juga kelengkapan lain yang dirasakan perlu.
  3. ‘Survey’ dahulu di mana letaknya pusat peperiksaan anda (jikalau boleh sebelum hari peperiksaan) dan pastikan anda sampai 15 – 20 minit sebelum peperiksaan bermula bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
  4. Gunakan masa untuk memenuhkan butiran diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR bagi memastikan anda punya lebih banyak masa terluang selepas itu.
  5. Mengikut pengalaman yang lepas, anda tidak boleh menggunakan kalkulator, jadi bersedialah untuk itu.

Beri perhatian kepada 5 perkara ini dan mudah-mudahan anda tidak tertinggal barang penting dan menjawab soalan dengan tenang dan yakin tanpa gangguan yang menyebabkan anda ‘kalah sebelum bersilat’.

Tips: Selain itu, anda boleh juga dapatkan ebook Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang boleh dijadikan rujukan awal mengenai contoh soalan dan skema jawapan exam PTD. Ebook ini telah membantu ramai calon untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PTD tahun-tahun sebelumnya.