Syarat Penting Untuk Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik Malaysia

Syarat Penting Untuk Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik Malaysia

Terdapat beberapa syarat penting sekiranya anda memasang cita-cita untuk menceburi kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik. Syarat-syarat ini amat penting untuk anda teliti sekiranya anda ingin berjaya sama ada dalam peperiksaan bertulis PTD nanti atau semasa anda sedang menjalani sesi temuduga.

Baca juga: Pegawai Tadbir dan Diplomatik: Satu Pengenalan Kepada Jawatan PTD

Sedikit perkongsian dari pihak Exam PTD tentang beberapa syarat penting menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Moga anda mendapat sedikit maklumat dan informasi.

CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

  1. Berminat dengan profesion ini
  2. Berilmu dan mempunyai minat untuk belajar
  3. Bercita-cita tinggi dan berdedikasi
  4. Seorang yang dinamik
  5. Berminat dengan bidang pentadbiran dan pengurusan
  6. Sanggup bekerja di luar negara

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Calon perlu mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah sarjana muda kepujian dan sebarang bidang pengkhususan universiti tempatan atau luar negara atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Lulusan peperiksaan memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Selain itu, calon perlu mendapat kepujian bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lihat Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD untuk maklumat lanjut mengenai kerjaya ini. Sebelum anda memohon jawatan ini pastikan anda cukup syarat yang telah ditetapkan oleh pihak SPA.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Calon boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda sama ada di universiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jordan dan Indonesia.

Selalunya bantuan kewangan akan diberikan kepada calon-calon yang layak.

Syarat Penting Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Oleh kerana kerjaya ini boleh diceburi oleh lulusan dan bagai bidang, maka calon perlu melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang di peringkat sarjana muda.

Cara pertama: Calon lepasan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang ingin mengikuti program matrikulasi/asasi/kursus persediaan ke luar negara perlu lulus dengan baik peperiksaan itu serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang diperlukan program matrikulasi/asasi/kursus persediaan ke luar negara yang dipilih. Selepas menamatkan pengajian di peringkat selama satu atau dua tahun, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda mengikut bidang yang dipilih.

Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal baik mata pelajaran pengajian am serta beberapa mata prelajaran lain sama ada aliran sains atau sastera. Selain itu, calon perlu lulus SPM dengan mendapat kepujian bahasa Melayu. Mereka  akan terus ditawarkan ke peringkat sarjana muda.

Cara ketiga: Terdapat universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengambil pelajar lepasan SPM untuk mengikuti pengajian terus ke peringkat sarjana muda. Syarat yang diperlukan ialah lulus SPM dengan baik serta mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk bahasa Melayu dan matematik.

Syarat Penting Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik? Kata Anda

Di atas pihak kami telah kongsikan beberapa maklumat penting tentang kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik. Di harap anda mendapat sedikit maklumat yang diperlukan. Sekiranya anda mempunyai pendapat dan pandangan untuk dikongsikan sila berbuat diruangan komen di bawah.

Baca juga: Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik