Rujukan Soalan SPA Penolong Pegawai Penerangan S27

Rujukan Soalan SPA Penolong Pegawai Penerangan S27

PEPERIKSAAN SPA PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 kali ini akan diadakan pada 15 April 2015. Kepada calon yang memohon kerja Penolong Pegawai Penerangan S27 sebelum ini boleh melakukan semakan layak menduduki Peperiksaan S27 di laman SPA Malaysia.

Tahniah kami ucapkan kepada calon terlibat dan layak menduduki Peperiksaan Gred S27 ini. Anda cuma selangkah lagi untuk menjawat jawatan Gred S27 ini. Hanya lulus Peperiksaan dan Temuduga Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 menjadi halangan kini.

Peperiksaan Online S27? Ya itu merupakan hebahan terbaru yang dikeluarkan oleh Portal SPA Malaysia setelah sistem peperiksaan Online diperkenalkan dalam beberapa peperiksaan yang lepas.

Sekali lagi, Peperiksaan Pegawai Penerangan S27 kali ini akan diadakan secara online dan ianya melibatkan 3 Seksyen utama peperiksaan.

Rujuk format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 di bawah.

FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

  1. Seksyen A (Pengetahuan AM Penolong Pegawai Penerangan Tentang Malaysia dan Dunia)
  2. Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27)
  3. Seksyen C (Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S27 / Penaksiran Personaliti Calon)

Di atas merupakan format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 kali ini. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan S27 yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Untuk lebih persediaan pastikan anda menempah Rujukan Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 yang akan kami edarkan nanti.

Baca penerangan setiap Seksyen Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 di bawah.

JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 merupakan jawatan yang diwujudkan di bawah Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Calon lulus peperiksaan dan temuduga Penolong Pegawai Penerangan S27 akan berkhidmat di bawah Kementerian, Jabatan-jabatan atau Agensi-agensi yang berkaitan dengan dua Kementerian utama tersebut.

Secara amnya, seorang Penolong Pegawai Penerangan S27 akan melaksanakan tugas berkaitan dengan fungsi tugas Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan atau mana-mana satu semasa menjawat jawatan tersebut.

Di bawah merupakan bidang tugas Penolong Pegawai Penerangan S27.

BIDANG TUGAS PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Secara umumnya berikut merupakan deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 mengikut skop tugas di kementerian berikut;

i. KEMENTERIAN PENERANGAN

Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc’ di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.

ii. KEMENTERIAN KESIHATAN

a) Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah.
b) Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta mengurus kebajikan para penderma darah.

Untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Penerangan S27, calon perlulah dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan. Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan di panggil untuk menghadiri temuduga.

PEPERIKSAAN SPA PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27 SESI 2015

Kali ini calon Pegawai Penerangan S27 yang layak akan menduduki Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27. Seperti Peperiksaan Bertulis yang lepas, peperiksaan ini dijalankan untuk menyisihkan calon terbaik layak temuduga dan seterusnya menjawat jawatan S27.

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 merupakan antara peperiksaan SPA tahap Diploma yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat. Anda boleh rujuk 3 Seksyen utama Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan di bawah.

Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam penulisan khas ini dan bagaimana anda boleh mendapatkan Rujukan Soalan SPA Penolong Pegawai Penerangan S27 nanti.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

 

Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan

CONTOH SOALAN MATEMATIK PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) KEMAHIRAN LOGIK

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

contoh soalan kemahiran logik exam ptdSoalan Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27

(ii) KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA

Calon di beri beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Kemahiran Menginterpretasi Data Exam PTDContoh Soalan Kemahiran Menginterpretasi Data Penolong Pegawai Penerangan S27

(iii) KONSEP-KONSEP MATEMATIK

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Untuk contoh lengkap, anda boleh mendapatkan contoh soalan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 ini melalui link pembelian di atas atau di bawah.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.

Penilaian Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Seksyen Ujian Psikometrik SPA juga dikenali sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.

Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27.

Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

SKOP SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN

Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;

  • Kemahiran Berfikir
  • Sikap
  • Perwatakan
  • Emosi
  • dan lain-lain

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.

Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.

CONTOH SOALAN UJIAN UJIAN PSIKOMETRIK PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Penilaian Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S27 adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Berikut merupakan contoh soalan yang mungkin di tanya dalam ujian.

Ujian Penaksiran Personaliti Penolong Pegawai Penerangan S27

PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

Atas permintaan calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 sesi ambilan 2015, pihak kami akan mengedarkan Pembelian Rujukan Soalan SPA Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 dalam masa terdekat.

Sekiranya anda antara salah seorang calon yang terlibat dalam peperiksaan tersebut maka anda boleh mendapatkan panduan khas ini melalui link di bawah apabila jualan di buka nanti.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

order

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut melalui link di atas.

UPDATE: Calon Exam Penolong Pegawai Penerangan Boleh Daftar Percuma di Laman Exam PTD Untuk Menempah Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 Yang Akan diadakan Pada 15 April ini.