PTD Luar Negara

Rakyat Malaysia Luar Negara Berpeluang Ambil Peperiksaan PTD

Sejumlah 60,000 rakyat Malaysia di bandar raya utama di dunia menduduki peperiksaan pemilihan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dijalankan secara serentak.

Baca juga: Proses Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik

Dari jumlah itu 60,000 calon, hanya 1,000 calon akan disenarai pendek dan sejumlah kecil 100 calon akan dilantik. Jadi bayangkan persaingan yan wujud untuk menjawat jawatan ini. JUmlah yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan adalah begitu besar, manakala hanya 100 calon yang akan di lantik.

“Kami mahukan calon berkualiti tinggi bagi meningkatkan standard perkhidmatan awam negara. Kami mahu yang terbaik dan paling bijak,” Ketua Penolong Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Siti Jalilah Abd Manap. [via]

Manakala bagi calon yang berada di luar negara seperti Australia, juga akan menduduki peperiksaan pada hari yang sama. Bagi peperiksaan PTD 2013, seramai 14 penuntut yang berada di Australia, yang memperoleh ijazah dengan kepujian dalam bidang undang-undang, kejuruteraan, ekonomi dan perdagangan, telah menduduki ujian itu.

Berdasarkan perkembangan ini, jawatan PTD adalah sememangnya jawatan ekslusif, dan sekiranya anda berkeinginan untuk menjawat jawatan ini, maka persediaan rapi perlulah anda lakukan dari sekarang.