Pustakawan

Pustakawan

Pustakawan adalah seseorang yang bekerja di dalam perpustakaan dan membantu orang mencari buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut, majalah dan juga maklumat lain yang berkaitan.

Selain daripada mencari secara manual, Pustakawan juga akan menggunakan komputer untuk mencari maklumat ataupun buku-buku yang dikehendaki oleh orang lain.

Kebanyakan Pustakawan bekerja diperpustakaan yang terdapat di sesebuah institusi seperti di sekolah, universiti, kolej dan juga bangunan-bangunan perusahaan swasta yang terdapat perpustakaan di dalamnya.

Berikut merupakan huraian yang lebih lanjut tentang bidang kerja Pustakawan.

Pustakawan bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat. Pustakawan juga akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kewangan di samping menguruskan sumber bacaan, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan secara professional.

Berikut merupakan deskripsi yang berkaitan dengan profesion Pustakawan.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 1,900.00 – 2,600.00

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat) /setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi MARA
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Menguruskan sistem peminjaman buku antara perpustakaan dan rangkaian maklumat; dan
  • Menyelia penyelenggaraan buku dan bahan lain;
  • Membantu pengunjung perpustakaan yang ingin mendapatkan maklumat daripada fail manual atau pangkalan data berkomputer di perpustakaan;
  • Memilih dan mencadangkan pembelian buku dan bahan bercetak atau rakaman pandang dengar yang lain ;
  • Mengelaskan atau menyelia pengelasan, pengindeksan, pengkatalogan, pengedaran bahan perpustakaan dan penyelenggaraan rekod sumber bacaan ilmiah;
  • Mengekalkan hubungan dengan perpustakaan dan persatuan perpustakaan yang lain.

Pustakawan juga boleh berkhidmat dalam bidang lain yang berkaitan dengan kerjayanya sebaga Pustakawan.