Pramugari dan Pramugara Penerbangan Malaysia

Pramugari dan Pramugara Penerbangan

Pramugari adalah staf ataupun pekerja di dalam perusahaan penerbangan di mana mereka akan memastikan keselesaan penumpang di dalam kapal terbang. Istilah pramugari digunakan untuk staf perempuan dan istilah untuk staf lelaki ialah pramugara.

Pramugari dan Pramugara akan bekerja bersama-sama di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan ke destinasi dan memastikan keadaan penumpang berada di tahap yang paling baik.

Baca juga: Kerjaya sebagai Pemandu Pelancong

Berikut merupakan kerja-kerja Pramugari dan Pramugara:

Pramugari dan Pramugara akan memberikan perkhidmatan peribadi untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang di dalam penerbangan. Perkhidmatan ini termasuk menghidangkan makanan dan minuman serta menyelaraskan aktiviti pengemasan dan sosial di dalam kabin pesawat. Mereka juga akan menenangkan para penumpang jika keadaan kapal terbang ketika terbang menjadi darurat.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Pramugari atau Pramugara, perkara di bawah adalah menjadi keperluan anda untuk rujukan.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 1,500.00 ++

Tahap Pendidikan

  • Sijil yang berkaitan / setaraf

Contoh Institusi

  • Air Asia Academy
  • Firefly Academy
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
  • MAS Academy Sdn. Bhd.

Senarai Tugas

  • Menghidangkan makanan dan minuman kepada penumpang; dan
  • Memberikan bantuan perubatan ringan kepada penumpang yang memerlukan;
  • Memberikan keperluan am dan menjaga keselesaan penumpang seperti mengagihkan bahan bacaan, selimut dan barang seumpamanya kepada penumpang yang memerlukan;
  • Menyambut penumpang menaiki kapal terbang, membawa mereka ke tempat duduk dan memastikan mereka memakai tali pinggang yang telah disediakan;
  • Melakukan pemeriksaan keselamatan dan menunjukkan penggunaan peralatan keselamatan seperti tali pinggang keselamatan dan topeng oksigen sekiranya berlaku sebarang kecemasan;

Kerjaya sebagai Pramugari dan Pramugara penerbangan terbuka luas kepada invidu yang berminat dan berkelayakan. Di Malaysia, sektor penerbangan merupakan salah satu sektor penting yang menyumbang kepada kemasukan pelancong luar negara. Pertambahan syarikat penerbangan seperti Air Asia dan FireFly juga telah membuka banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini.