Pereka Hiasan Dalaman

Kerjaya Sebagai Pereka Hiasan Dalaman

Khidmat Pereka Hiasan Dalaman amat diperlukan oleh masyarakat moden zaman sekarang.

Sebagai seorang Pereka Hiasan Dalaman, hasil sentuhan tangan mereka untuk mengubah suasana sesuatu ruang dalam sesebuah bangunan menjadi lebih menarik, unik dan bertepatan dengan cita rasa pelanggan.

Secara umumnya, bidang kerja Pereka Hiasan Dalaman adalah berkaitan dengan;

mengubah dan menghias ruang yang dikehendaki oleh pelanggan supaya kelihatan
cantik dan menarik.

Berikut merupakan huraian ringkas kejaya Pereka Hiasan Dalaman.

Deskripsi Kerja Pereka Hiasan Dalaman

Pereka Hiasan Dalaman menggunakan teknik seni halus yang di pelajari ataupun bakat yang mereka ada ke atas reka bentuk produk, hiasan dalaman dan promosi jualan.

Dengan adanya perkhidmatan mereka, ruang di sesebuah bangunan itu akan menjadi lebih menarik
dan lebih selesa.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi Pereka Hiasan Dalaman, anda perlu tahu tentang perkara-perkara seperti yang terdapat di bawah dahulu.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2,600 – 4,200
  • Sektor Swasta (RM) :

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman
  • Diploma Seni Reka Dalaman

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi Mara
  • Akademi Seni Malaysia
  • Lim Kok Wing Of Creative Technology

Senarai Tugas

  • Merekabentuk gubahan seperti lingkaran bunga, jambangan bunga, dan korsaj
    mengikut pilihan pelanggan, tujuan, acara, dan kebolehgunaan bunga.
  • Mencipta dan menghasilkan kesan seni untuk kegunaan jendela peragaan dan tempat
    pameran/promosi yang lain;
  • Menentukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama pelanggn, menjalankan penyelidikan
    dan menganalisis keperluan fungsian atau mengkaji susun atur;
  • Merekabentuk produk industri dan komersil, termasuk jenis dan gaya pakaian dan
    perhiasan baru serta berusaha untuk menyelaraskan pertimbangan estetik dengan keperluan teknik dan keperluan lain;
  • Mencipta skim hiasan dalaman dan merancang kemasan untuk rumah kediaman,
    bangunan awam, kapal, dan tempat lain;
  • Membuat reka bentuk hiasan tatu pada kulit pelanggan;
  • Merekabentuk dan melukis pemandangan pentas;

Khidmat Pereka Hiasan Dalaman juga diperlukan dalam bidang lain yang berkaitan.

Kredit Gambar:Designer’s hand drawing interior perspective of modern living/ShutterStock

Recent search terms: