kerjaya pereka fesyen

Pereka Fesyen

Bidang rekaan menawarkan pelbagai kerjaya yang menarik kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi sektor ini. Kerjaya pereka fesyen dianggap antara kerjaya yang glamor.

Bidang ini juga dikatakan mampu memberikan pendapatan yang lumayan serta tidak mengecewakan. Kepelbagaian permintaan dan budaya masyarakat sekarang, memberikan inspirasi kepada pereka-pereka fesyen dalam menghasilkan pelbagai jenis rekaan yang dapat diperagakan.

Oleh yang demikian, masyarakat sekarang terutama para pelajar mula berminat mendalami peluang pekerjaan dalam bidang rekaan fesyen. Berikut merupakan ringakasan tugas yang perlu dilakukan oleh seorang Pereka Fesyen.

Baca juga: Contoh Resume Kerja Kerajaan

Pereka Fesyen perlu mengaplikasikan teknik-teknik seni kreatif dan artistik dalam produk rekaan mereka, pakaian dan promosi pakaian.

Selain itu, mereka berperanan untuk menentukan pemilihan pakaian yang baik dengan menggunakan tekstur produk yang berkualiti.

Diskripsi di bawah boleh dijadikan bahan rujukan kepada individu yang berminat untuk menjadi Pereka Fesyen.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++

Tahap Pendidikan

  • Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf

Contoh Institusi

  • Kolej Komuniti
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi/ latihan kemahiran awam/swasta berkaitan
  • Kolej Tunku Abdul Rahman
  • Universiti Teknologi MARA

Senarai Tugas

  • Menentukan objektif rekaan dengan merujuk pelanggan, menjalankan penyelidikan dan menganalisis keperluan pelanggan;
  • Mencipta dan melaksanakan kesan artistik untuk pengiklanan dan dalam paparan atau promosi lain.
  • Merekabentuk produk industri dan komersial termasuk jenis, gaya pakaian dan aksesori terkini serta mempertimbangkan keperluan teknikal dan keperluan lain;
  • Menyelia penghasilan sampel produk atau ilustrasi rekaan,mengarahkan pekerja lain membuat model, corak produk, mengarahkan artis membentang atau menyusun atur kerja seni untuk percetakan;
  • Merekabentuk dan mewarnakan pemandangan latar pentas;

Seorang Pereka Fesyen juga boleh bekerja dalam bidang lain yang berkaitan. Jika anda merasakan kerjaya ini tidak sesuai untuk anda, apa kata anda lihat senarai kerjaya yang ditawarkan dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Kredit Gambar: Fashion Designer/ShutterStock