Peperiksaan PTD 2013 - Tahniah Kepada Calon Yang Lulus

Peperiksaan PTD 2013 – Tahniah Kepada Calon Yang Lulus

Keputusan peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang diadakan baru-baru ini sudah diumumkan dan dibuka untuk semakan. Untuk melakukan semakan lawat link di bawah:

Semak keputusan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dengan KLIK DI SINI

Kepada yang berjaya tahniah pihak kami ucapkan. Kepada yang tidak berjaya anda boleh mencuba lagi di waktu yang lain. Kepada yang berjaya, sudi-sudikan berkongsi pengalaman anda. Mungkin kita boleh muatkan testimoni bagaimana anda berjaya di laman ini. Agar menjadi perangsang kepada rakan yang lain.

Namun begitu, lulus tidak bermakna tugas anda sudah selesai. Ini kerana lulus peperiksaan PTD hanya sebahagian dari proses pemilihan. Tidak percaya rujuk dahulu artikel kami yang terdahulu – Proses Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik dan Proses Pengambilan PTD Malaysia.