Kerjaya Pensyarah Universiti

Pensyarah Universiti

Kerjaya sebagai Pensyarah Universiti adalah sangat diminati dan diceburi oleh ramai orang yang berkelayakan. Hal ini adalah kerana percambahan bilangan universiti di negara kita adalah seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan sudah tentulah ia memerlukan khidmat Pensyarah Universiti yang banyak.

Baca juga: Kerjaya Sebagai Kaunselor dan Guru

Oleh itu, banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini ditawarkan bagi seseorang yang mempunyai kelayakan untuk menjadi pensyarah. Berikut merupakan ringkasan tugas sebagai Pensyarah Universiti.

Professional perguruan universiti dan pendidikan tinggi adalah mengajar subjek atau mata pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan menengah tamat berdasarkan kelulusan mereka. Selain mengajar, pensyarah juga perlu menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil tahu oleh sesiapa yang ingin menceburi profesion Pensyarah Universiti ini.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 3,000
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 – 6,000

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Teknologi Malaysia

Senarai Tugas

  • Menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial, seminar, dan sesi makmal; Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dalam kalangan pelajar;
  • Menyelia kerja uji kaji dan amali yang dijalankan oleh pelajar, jika perlu;
  • Mentadbir, menilai, dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan;
  • Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascaijazah atau kakitangan lain dalam jabatannya;
  • Menyelidik dan membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain;
  • Menyediakan buku, kertas atau artikel ilmiah;
  • Merekabentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan;
  • Menghadiri persidangan dan seminar;
  • Membantu dalam aktiviti kokurikulum.

Seorang Pensyarah Universiti juga boleh bekerja dalam bidang lain selain mangajar seperti bidang-bidang yang memerlukan khidmat mereka. Lihat juga kerjaya sebagai Pegawai Latihan Vokasional, sekiranya Pensyarah Universiti bukan kerjaya yang sesuai untuk anda.

Recent search terms:

  • bidang yang perlu diambil untuk menjadi pensyarah
  • bidang yang diambil untuk pensyarah
  • keburukan kerjaya pensyarah
  • kerjaya sebagai seorang pensyarah
  • peluang peluang kerjaya bagi pensyarah
  • perkara manarik bidang pensyarah