Pendandan Rambut

Kerjaya Pendandan Rambut

Khidmat seorang Pendandan Rambut kini semakin diperlukan kerana perubahan trend menyebabkan
ramai orang terutamanya remaja untuk mendandan rambut mereka mengikut ciri-ciri yang mereka inginkan.

Oleh itu, kerjaya sebagai Pendandan Rambut mampu memberikan hasil yang lumayan jika seseorang itu mempunyai kemahiran yang tinggi dan berminat terhadap kerjaya tersebut.

Pendandan Rambut menyediakan banyak perkhidmatan kecantikan seperti mencuci, memotong,
mewarna dan menggayakan rambut . Selain itu, mereka juga berkemahiran dalam menyediakan perkhidmatan mengurut, merawat
kulit kepala, mengenakan mekap, rambut palsu dan penjagaan kuku dan kulit.

Berikut merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjaya sebagai Pendandan Rambut.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 1,300.00 ++

Tahap Pendidikan

  • Sijil Kemahiran Malaysia (Pendandan Rambut Muda) / setaraf
  • Sijil Terapi Kecantikan dan Dandanan Rambut / setaraf

Contoh Institusi

  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
  • Kolej Komuniti dan IKBN

Senarai Tugas

  • Memotong dan mencuci serta mencukur atau merapi janggut;
  • Membersihkan, menyapu krim losen dan produk yang berkenaan pada muka serta bahagian badan
    yang lain;
  • Memberikan rawatan kulit kepala;
  • Memotong, mencuci, mewarna dan mengerintingkan rambut;
  • Mengenakan mekap kepada pelakon dan penghibur lain.
  • Mengenakan rambut palsu menurut kehendak pelanggan;
  • Mengenakan mekap kepada pelanggan salun kecantikan.

Kerjaya ini juga boleh terdapat dalam bidang lain yang berkaitan.

Kredit Gambar: Hair stylist makes the bride before the wedding/ShutterStock