Kerjaya Pemandu Pelancong

Pemandu Pelancong

Pelancongan merupakan antara sektor yang menyediakan peluang kerja yang terbesar di negara kita. Melalui pelancongan anda boleh memulakan kerjaya dalam bidang perhotelan, restoran dan juga menjadi seorang pemandu pelancong di destinasi terpilih. Sekiranya anda berminat dengan kerjaya pemandu pelancong, maka maklumat ringkas mengenai kerjaya tersebut di bawah mungkin dapat membantu anda.

Pemandu Pelancong ialah seorang yang memberikan khidmat kepada pelancong atau mana-mana orang lain dengan memandu mereka demi bayaran apabila melancong di bawah akta-akta tertentu. Pemandu Pelancong boleh dikategorikan kepada dua iaitu Pemandu Pelancong Bandar dan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat.

Untuk menjadi seorang Pemandu Pelancong, seseorang itu perlu menjalani kursus atau latihan dan lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh pesuruhjaya pelancong. Secara ringkasnya, seorang Pemandu Pelancong adalah;

Pemandu Pelancong berperanan untuk mengiringi individu atau rombongan pelancong untuk menerangkan perkara atau membuat promosi tempat-tempat menarik. Setiap pelancong yang ditemani oleh Pemandu Pelancong akan dapat mengetahui sejarah dan keistimewaan tempat-tempat yang mereka lawati.

Perkara-perkara di bawah merupakan deskripsi tugas sebagai Pemandu Pelancong.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 1,500.00

Tahap Pendidikan

  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Sijil Pelancongan
  • Sijil Kemahiran Malaysia (Pemandu Pelancong)

Contoh Institusi

  • Politeknik
  • Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Kolej Komuniti
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi/latihan kemahiran awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Mengiringi dan memastikan keselesaan pelancong;
  • Mengendalikan rombongan seperti mendaki gunung, memburu atau memancing;
  • Memastikan tempahan untuk pengangkutan dan penginapan disahkan serta jadual perjalanan yang disediakan dipatuhi;
  • Mengiringi pelancong melancong dan menerangkan perkara yang menarik;
  • Mengiringi pelancong ke muzium dan pameran serta memberi penerangan tentang apa yang dipamerkan;
  • Mengiringi kumpulan pelawat kilang dan pertubuhan yang seumpamanya serta memberi penerangan yang berkaitan.

Untuk pengetahuan seorang Pemandu Pelancong boleh berkhidmat dalam bidang lain yang berkaitan, selain menjadi Pemandu Pelancong.

Recent search terms:

  • kerjaya pemandu pelancongan
  • peranan pemandu pelancong