Peguam

Peguam

Kerjaya seorang peguam adalah membantu seseorang yang tidak bersalah untuk mempertahankan dirinya bagi menegakkan keadilan di pihaknya.

Seseorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaan mereka.

Berikut merupakan huraian yang lebih lanjut tentang profesion Peguam.

Peguam akan memberikan nasihat undang-undang yang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggan atau anak guamnya dan membela kes atau menjalankan pendakwaan di mahkamah atau mengarahkan barrister atau peguam bela untuk membela di mahkamah yang lebih tinggi. Anak guam akan mengharapkan Peguam yang diupahnya untuk membelanya ketika di mahkamah.

Bagi yang berminat dengan profesion Peguam  ini, perkara-perkara di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 1,700 – 5,200
  • Sektor Swasta (RM) : 1,960 – 4,280

Tahap Pendidikan

Contoh Institusi

  • Universiti Malaya
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn
  • Kolej Tunku Abdul Rahman
  • Universiti Malaysia Sabah

Senarai Tugas

  • Mewakili pelanggan di mahkamah rendah atau mengarahkan barrister atau peguam bela membela kes di mahkamah yang lebih tinggi;
  • Membantu pelanggan merundingkan penyelesaian dalam hal yang melibatkan pertikaian undang-undang;
  • Mendraf perundangan dan menyediakan peraturan kerajaan berdasarkan undang-undang yang sedia ada;
  • Memberikan nasihat undang-undang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya (termasuk kerajaan) dan Menjalankan urusan undang-undang bagi pihak pelanggan;
  • Menjalankan penyelidikan ke atas teori dan prinsip undang-undang dan hubungannya dengan undang-undang tertentu atau penghakiman mahkamah;
  • Menerima arahan dan membela di mahkamah yang lebih tinggi;
  • Menyediakan pembelaan atau kes bagi plaintif atau defenden dan menjalankannya di mahkamah;
  • Memeriksa keadaan pertikaian atau jenayah yang dilaporkan untuk memastikan fakta dan implikasi undang-undangnya;
  • Menyediakan dokumen undang-undang, wasiat, afidavit, dan kontrak serta mengendalikan sumpah;
  • Bertindak sebagai pendakwa bagi pihak kerajaan dalam kes jenayah.

Contoh Pekerjaan Lain

  • Pegawai undang-undang pendakwa
  • Pegawai undang-undang gubalan
  • Pegawai undang-undang peguamcara
  • Pegawai undang-undang penasihat
  • Pegawai undang-undang biro bantuan guaman

Selain membela di mahkamah, Peguam juga boleh bekerja dalam bidang lain yang memerlukan khidmatnya.

Kredit Gambar: Legal Concept/ShutterStock