Pegawai Latihan Vokasional

Pegawai Latihan Vokasional

Pegawai Latihan Vokasional atau Pegawai Latihan adalah orang yang bekerja di bawah bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Bidang ini adalah bertujuan untuk menambah bekalan modal insan yang berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Baca juga: Kerjaya dan Bidang Tugas Guru Malaysia

Jadi, bidang kerjaya Pegawai Latihan Vokasional atau Pegawai Latihan adalah untuk mendidik pelajar dalam persediaan kearah alam pekerjaan. Berikut merupakan huraian yang lebih lanjut tentang tugas-tugas seorang Pegawai Latihan Vokasional atau Pegawai Latihan.

Guru pendidikan vokasional akan mengajar satu mata pelajaran atau lebih. Ia adalah bertujuan untuk pendidikan atau vokasional, pada beberapa atau semua peringkat antara tamatnya pendidikan rendah dengan permulaan pengajian di kolej atau universiti.

Terkini: Apa itu Kaunselor

Jika anda berminat untuk menjadi Pegawai Latihan Vokasional atau Pegawai Latihan, anda boleh merujuk perkara-perkara seperti di bawah yang berkaitan dengan kerjaya Pegawai Latihan Vokasional atau Pegawai Latihan.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2,500 – 3,100
  • Sektor Swasta (RM) : –

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda

Contoh Institusi

  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 30 buah Maktab Perguruan diseluruh Malaysia
  • Universiti Teknologi MARA (guru seni lukis)
  • Universiti Putra Malaysia

Senarai Tugas Pegawai Latihan Vokasional

  • Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan dan persidangan dan bengkel pendidikan;
  • Menyediakan, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar;
  • Merancang dan menyediakan pelajaran mengikut kurikulum yang telah ditetapkan/dicadangkan;
  • Menyediakan laporan tentang kerja pelajar serta berbincang dengan guru lain dan ibu bapa;
  • Mengatur atau membantu dalam aktiviti kokurikulum.
  • Mengajar mata pelajaran yang berkenaan serta menyelia kerja sekolah dan disiplin pelajar.

Selain daripada bidang tugasan seperti di atas, seorang Pegawai Latihan Vokasional atau Pegawai Latihan juga boleh bekerja dalam bidang lain yang berkaitan.

Recent search terms:

  • SENARAI TUGAS PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL