Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja di sesebuah perusahaan.

Keselamatan ketika berada di tempat kerja adalah merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para para pekerja berada di tahap yang paling tinggi.

Huraian yang lebih lanjut tentang bidang ini adalah seperti di bawah.

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertanggungjawab untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan program keselamatan kesihatan dan membuat kajian semula dasar keselamatan dan kesihatan. Mereka juga berhak untuk menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan di tempat kerja dan berperanan memastikan pemeliharaan standard kesihatan dan persekitaran selain membantu dalam merangka kaedah dan sistem kerja berada dalam keadaan selamat.

Maklumat-maklumat tentang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan boleh dilihat di bawah.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 – 2,700.00

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan

Contoh Institusi

  • Universiti Malaya
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Memberi nasihat tentang teknik sanitari sisa industri;
  • Mengumpulkan sampel air untuk menguji tahap pencemaran bagi membuat kajian dan mengumpul data;
  • Menggalakkan langkah pencegahan dan pengawalan seperti kawalan penyakit terhadap organisma pembawa penyakit dan bahan yang memudaratkan, pelupusan sisa industri yang betul untuk mewujudkan persekitaran kerjadan alam sekitar yang selamat;
  • Menganjurkan dan melaksanakan program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  • Membuat cadangan mengenai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil tentang perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja;
  • Mengaplikasikan prinsip dan amalan higien dan sanitasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas;
  • Menyiasat sebarang kemalangan, kejadian berbahaya atau keracunan di kalangan pekerja;
  • Memungut, menganalisis dan menyelenggara data statistik yang berkaitan;dan
  • Menyediakan dan mengemukakan laporan.

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan boleh juga bekerja dalam bidang lain yang berkaitan.

Recent search terms:

  • gaji pegawai keselamatan dan kesihatan
  • gaji diploma kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • kerjaya pegawai keselamatan dan kesihatan
  • keselamatan dan kesihatan pegawai
  • pegawai keselamatan dan kesihatan
  • pegawai keselamatan kesihatan kejuruteraan awam
  • pegawai keselamatan pekerja
  • tugas pegawai keselamatan