Kerjaya Kaunselor

Kaunselor

Kaunselor ditakrifkan sebagai orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang mempunyai masalah dan orang yang mampu memberikan khidmat kaunseling.

Bidang kerjaya Kaunselor tidak hanya terhad di sekolah sahaja bahkan ianya boleh ditemui di institusi yang lebih besar seperti universiti. Oleh itu, bidang ini juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada sesiapa yang berkelayakan. Berikut merupakan huraian secara ringkas tentang bidang tugas Kaunselor.

Kaunselor berperanan untuk membantu seseorang individu belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat dan menyelesaikan masalah. Tugas kaunselor adalah luas di mana ia meliputi program perkembangan , pencegahan serta pemulihan dalam bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu atau kelompok dan khidmat konsultasi.

Perkara-perkara di bawah dapat membantu sebagai rujukan bagi yang berminat untuk menjadi seorang Kaunselor.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi/Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Sains Tingkah Laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling/setaraf; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)/setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas Kaunselor

  • Mengkaji dan memberi nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya dan pendidikan atau latihan lanjutan;
  • Mengumpul, menyediakan dan menyebarkan maklumat bimbingan dan kaunseling kepada individu atau kumpulan tertentu seperti pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi melalui media yang sesuai;
  • Merancang, melaksanakan dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu atau kumpulan secara profesional dan beretika;
  • Memberi khidmat nasihat dari segi pemulihan fizikal, emosi dan pembangunan bagi individu-individu yang menghidap penyakit kronik atau mengalami kemalangan dan orang hilang upaya;
  • Memberi panduan dalam masalah berkaitan keluarga dan perkahwinan serta mengendalikan kes-kes berkaitan sistem dan terapi kekeluargaan; dan
  • Memberi bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan guru berhubung dengan pelbagai perkara termasuk masalah pelajar, kesulitan pembelajaran dan keperluan asas.

Seorang Kaunselor boleh terlibat dalam bidang kerjaya yang lain yang berkaitan.

Recent search terms:

  • gaji seorang guru kaunseling
  • gaji seorang kaunselor
  • jwatan kosong yang sesuai diploma kaunseling
  • perjawatan kaunselor di sektor swasta