Kerjaya Jurutera Marin

Jurutera Marin

Kerjaya Jurutera Marin juga merupakan antara kerjaya pilihan ramai pelajar dan graduan di luar sana. Jika anda berminat dengan kerjaya Jurutera Marin maka berikut antara sedikit maklumat mengenai kerjaya seorang Jurutera Marin.

Secara umumnya, Jurutera Marin bertanggungjawab ke atas pengurusan, operasi dan penyelenggaraan kapal. Mereka bertugas dalam bidang binaan kapal, bidang penyelidikan maritim, merekabentuk kapal, pembaikan kapal, pemeriksaan dan pemeliharaan kapal, bidang akademik, perundingan atau kerja penyiasatan maritim dan beberapa bidang yang berkaitan dengan maritim.

Untuk menjadi seorang Jurutera Marin, sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai kelayakan seperti di bawah dan jika anda bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang marin institusi pendidikan di bawah sebolehnya menjadi pilihan anda.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 – 2,800.00

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan/setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Menyelenggara, mengawasi dan mengurus limbungan pelabuhan dan perkapalan;
  • Merekabentuk dan mengurus kapal serta yang berkaitan dengannya;
  • Membuat pemeriksaan pada meter dan alat pembaca yang terdapat pada panel kawalan di dalam bilik kawalan;
  • Bertanggungjawab ke atas operasi dan penyelenggaraan mesin janakuasa kapal; dan
  • Memastikan sistem utama kapal atau enjin beroperasi dengan baik.

Recent search terms:

  • kejuruteraan marin
  • Jurutera marin
  • gaji jurutera marin
  • gaji kejuruteraan marin
  • sijil kejuruteraan marin peluang kerjaya
  • peluang pekerjaan pemegang sijil kejuruteraan marin
  • maklumat teknologi marin
  • kerjaya kejuruteraan marin
  • kerja kejuruteraan marin
  • kejuteraan marin