Kerjaya Jurutera Elektronik

Jurutera Elektronik

Sekiranya anda seorang pelajar dan berminat dengan bidang elektronik maka kerjaya Jurutera Elektronik mungkin sesuai buat anda. Tahukah anda yang Jurutera Elektronik merupakan antara kerjaya pilihan di Malaysia.

Kerjaya Pilihan: Jurutera Mekanikal

Secara ringkasnya, seorang Jurutera Elektronik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud , mambangun dan menyelenggara barangan , sistem dan komponen elektronik.

Jika anda berminat dengan kerjaya Jurutera Elektronik maka di bawah merupakan senarai tugas seorang jurutera Jurutera Elektronik. Disertakan juga maklumat ringkas anggaran gaji, tahap pendidikan yang diperlukan untuk menjadi seorang Jurutera Elektronik dan contoh institusi yang anda boleh lanjutkan pelajaran untuk menjawat jawatan ini.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 – 2,800.00

Tahap Pendidikan

  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik/Setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Malaya
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti PUTRA Malaysia
  • CIAST dan ILJTM

Senarai Tugas

  • Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta memasaang sistem elektronik
  • Memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi mengikut piawaian keselamatan
  • Memberi nasihat dan mengkaji cadangan reka bentuk , mendraf laporan dan mengemukakan syor tentang reka bentuk, pembangunan dan pembuatan produk dan sistem yang boleh dipasarkan
  • Mereka bentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan untuk menghasilkan model produk yang akan dibangunkan dan mengubah suai mengikut keperluan pasaran
  • Membuat penyelidikan serta mereka bentuk proses-proses yang diperlukan untuk pembuatan barangan
  • Menyelia dan menyelaras kerja-kerja juruteknik dalam reka bentuk produk atau pengeluaran
  • Memberi nasihat dan mereka bentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan elektronik pengguna yang lain
  • Mereka bentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan, hiburan dan lain-lain

Contoh Pekerjaan Lain

  • Jurutera Industri
  • Juruterbang
  • Penyelenggara Dandang

Untuk pengetahuan anda, kerjaya Jurutera Elektronik ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain yang memerlukan khidmat seorang jurutera dalam bidang tersebut.

Recent search terms:

  • jawatan juruteknik industri
  • jawatan kosong diploma kejuruteraan elektronik komunikasi