Kerjaya Jurutera Aeroangkasa

Jurutera Aeroangkasa

Jurutera Aeroangkasa merekabentuk dan menguji pesawat udara, kapal angkasa lepas serta mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan pesawat. Mereka yang melibatkan diri dengan pesawat udara dipanggil Jurutera Penerbangan.

Manakala, mereka yang mengkhususkan diri dalam bidang kapal angkasa lepas dikenali sebagai Jurutera Astronautik. Berikut merupakan deskripsi tugas Jurutera Aeroangkasa.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 – 2,800.00

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa/setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

  • Menghasilkan produk ruang angkasa seperti pesawat udara perdagangan, pesawat pejuang, helikopter, kapal angkasa lepas, peluru dan roket; dan
  • Membangunkan teknologi baru untuk kegunaan dalam sistem pertahanan udara dan penjelajahan angkasa lepas;
  • Merekabentuk binaan pesawat, pemanduan, pandu arah dan kawalan trafik udara, peralatan dan komunikasi serta kaedah pengeluaran;
  • Menjadi pakar dalam bidang aerodinamik, termodinamik, akustik atau sistem panduan dan kawalan pesawat.