Jururawat Perbidanan

Jururawat Perbidanan

Gelaran jururawat hanya boleh diberi kepada individu yang telah menamatkan program kursus pengajian latihan khas selama tiga tahun dengan jayanya. Untuk menjadi Jururawat Perbidanan, dikehendaki menjalani kursus perbidanan selama satu tahun lagi menjadikan kursus untuk bergelar jururawat selama empat tahun.

Berikut merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh Jururawat Perbidanan.

Baca juga: Maklumat Kerjaya Ahli Audiologi

Jururawat Perbidanan adalah jururawat yang bertugas dalam bidang kelahiran bayi. Mereka akan menyambut atau membantu doktor menyambut kelahiran bayi, menyediakan penjagaan sebelum dan selepas bersalin serta memberi nasihat kepada ibu bapa berkaitan dengan penjagaan bayi.

Baca juga: Maklumat Kerjaya Doktor Pergigian

Kepada yang ingin menceburi bidang Jururawat Perbidanan ini, berikut merupakan deskripsi secara ringkas tentang perkara yang berkaitang dengan kerjaya Jururawat Perbidanan ini.

Tahap Pendidikan

  • Sijil Jururawat Masyarakat /setaraf (Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia).

Contoh Institusi

  • Kolej Kejururawatan Masyarakat
  • Kolej Poli Tech MARA
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan.

Senarai Tugas Jururawat Perbidanan

  • Mengadakan kelas dan seminar pendidikan kesihatan untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi; dan
  • Merawat ibu selepas bersalin dan menyelia pemuliharaannya, memeriksa kemajuan bayi dan menasihati ibu bapa berkenaan penjagaan bayi;
  • Menyambut kelahiran bayi atau lebih kerap, membantu doktor menyambut kelahiran bayi;
  • Memberi nasihat kepada ibu-ibu mengandung tentang diet, senaman dan tingkah laku yang sesuai untuk memudahkan kehamilan dan kelahiran bayi serta mengambil tahu keadaan kesihatan ibu-ibu mengandung secara keseluruhan;
  • Memberi nasihat tentang kaedah kelahiran dan penyusuan bayi.

Seorang Jururawat Perbidanan boleh juga terlibat dalam bidang pekerjaan yang lain yang memerlukan khidmatnya. Selain itu, dapatkan juga maklumat kerjaya dan tugas mengenai Doktor Perubatan di sini.

Recent search terms:

  • maklumat doktor
  • jururawat bidang perbidanan
  • jawatan kosong hospital swasta dalam perbidanan
  • kerja kosong jururawat perbidanan
  • maklumat kerjaya doktor
  • maklumat lengkap kerjaya doktor