Kerjaya Jurugambar

Kerjaya Sebagai Jurugambar / Jurufotografi

Jurugambar adalah seseorang yang mengambil gambar foto dengan menggunakan kamera. Jurugambar juga boleh dikenali sebagai jurufoto. Jurugambar adalah seniman kerana hasil karya mereka akan di hargai sebagaimana artis visual dalam bidang yang lain.

Seseorang boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau seorang jurugambar profesional jika dia menggunakan bidang fotografi bagi menyara hidupnya. Kerjaya jurugambar tidak terhad untuk penggambaran dengan peralatan kamera sahaja.

Berikut adalah huraian tentang kerjaya Jurugambar.

Jurugambar akan mengambil gambar dengan mengguanakan kamera. Gambar yang diambil boleh dikatakan dalam pelbagai bentuk dan suasana persekitaran samada di majlis-majlis tertentu, gambar alam semula jadi dan sebagainya. Mereka juga akan mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merekam dan menyunting imej. Imej visual yang dapat kita lihat di kaca televisyen mahupun dalam gambar adalah merupakan hasil sentuhan Jurugambar.

Berikut adalah merupakan perkara yang berkaitan dengan kerjaya sebagai Jurugambar.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 1,200 – 3,400
  • Sektor Swasta (RM) :

Tahap Pendidikan

Contoh Institusi

  • Diploma Teknologi Fotografi
  • Degree photography & creative Imaging
  • Ijazah Sarjana Muda Fotografi

Senarai Tugas

  • Mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil, industri, atau saintifik lain serta membuat ilustrasi bagi cerita dan rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain;
  • Mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
  • Mengambil gambar potret orang atau kumpulan orang;
  • Menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang kelengkapan di lokasi tugasan;
  • Mengawal kelengkapan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan khas imej dan bunyi;
  • Mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan cahaya;
  • Berunding dengan pelanggan untuk menentukan objektif tugasan fotografi;
  • Boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer;
  • Memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar, video, mikroskopik, dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan untuk fotografi udara bagi merakam imej.

Jurugambar juga boleh berkhidmat dalam bidang lain yang berkaitan dengan kerjayanya. Lihat senarai kerjaya berkaitan dengan seni dan reka bentuk untuk maklumat lanjut.

Kredit Gambar: Young Photographer on The Beach/ShutterStock

Recent search terms:

  • anything
  • kerjaya pereka hiasan dalaman
  • jawatan kosong jurufoto
  • juru gambar potret
  • kerjaya di malaysia
  • kerjaya fotografi
  • purata gaji juruhambar dimalaysia