Juru Masak

Juru Masak

Tidak ramai orang yang dilahirkan dengan bakat memasak. Bakat memasak adalah merupakan salah satu perkara yang paling penting untuk menjadi Juru masak.

Bagi orang yang mempunyai bakat memasak ini, mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang sangat beruntung kerana setiap masakan yang dibuat oleh mereka ‘menjadi’ dan digemari oleh ramai orang.

Baca juga: Kerjaya Pramugari dan Pramugara

Melalui masakan mereka itu juga dapat dijadikan sebagai bahan untuk mendapatkan wang. Bagi, sesiapa yang tidak mempunyai bakat tersebut pula, bakat memasak ini boleh dipupuk dan dipelajari. Bukan hanya di rumah, juru masak boleh bekerja di mana-mana tempat yang memerlukan khidmatnya. Berikut merupakan serba sedikit tugasan yang perlu dilakukan oleh seorang Juru masak.

Juru masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan di mana-mana tempat yang memerlukan khidmatnya seperti di hotel, restoran dan tempat makanan awam yang lain samada di atas kapal, di dalam kereta api penumpang, di rumah persendirian dan institusi atau pertubuhan yang lain.

Perkara-perkara di bawah adalah spesifikasi yang diperlukan untuk menjadi Juru masak. Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja sebagai Juru masak, anda bolehlah merujuk kepada perka-perkara di bawah.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 1,515 – 1,814
  • Sektor Swasta (RM) : 1,400 – 2,300

Tahap Pendidikan

  • Diploma Seni Kulinari
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari

Contoh Institusi

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Kolej Damansara Utama (KDU)
  • Kolej Universiti Nilai
  • Kolej Universiti Metropolitan
  • Kolej-kolej swasta

Senarai Tugas

  • Memastikan kebersihan kakitangan di dapur, pinggan mangkuk, perkakas, peralatan dapur, dan kawasan kerja;
  • Menganjurkan promosi makanan;
  • Merancang, menyelia, dan menyelaraskan kerja di dapur;
  • Bertanggungjawab menentukan keperluan bahan kering untuk dan basah untuk dimasak, menerima dan memeriksa barangan keperluan
  • Merancang hidangan dan menu, memesan bekalan bahan mentah makanan serta menyediakan dan memasak bahan makanan;
  • Memantau kualiti di semua peringkat penyediaan dan penghidangan serta menguatkuasakan peraturan kebersihan;
  • Menunjukkan teknik memasak dan memberikan nasihat tentang prosedur memasak;

Contoh Pekerjaan Lain

  • Pengkritik makanan
  • Chef Khusus
  • Chef Selebriti
  • Katerer

Seorang Juru masak juga boleh berkhidmat dalam bidang lain selain di atas yang berkaitan.

Kredit gambar: Chef dari ShutterStock

Recent search terms: