Jadual Sesi Temuduga SPA Bulan Jun

Jadual Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik 2013

Untuk pengetahuan para calon Pegawai Tadbir Diplomatik 2013, calon-calon yang telah lulus peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan dipanggil temu duga secara berperingkat bermula pada bulan Jun 2013.

Baca juga: Pengenalan Kepada Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Temuduga fasa pertama yang diadakan mulai 19.6.2013 hingga 28.6.2013 dan telah selesai untuk fasa pertama.

Mana-mana calon Pegawai Tadbir Diplomatik yang tidak termasuk dalam urusan temuduga fasa pertama akan dipanggil temuduga dalam fasa seterusnya yang akan diadakan dari masa kesemasa.

Oleh itu, anda diminta membuat semakan dari semasa ke semasa di penjadualan temuduga. Calon-calon juga akan dimaklumkan mengenai panggilan temuduga melalui emel/khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat panggilan temu duga. Oleh itu anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak terpanggil untuk menghadiri temuduga fasa pertama yang telah diadakan.

Tips: Ketahui Apa Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Selain itu, pihak kami juga akan turut membuat hebahan dan memberikan update terkini mengenai temuduga PTD 2013 melalui laman Exam PTD ini.