Tentang

Laman Jobs Hub diwujudkan sebagai wadah perbincangan dan sebaran maklumat mengenai kerjaya terkini di Malaysia. Pihak kami akan cuba berkongsi maklumat terkini mengenai jawatan kosong kerajaan dan swasta melalui update terkini. Pastikan anda melanggan feed laman ini untuk maklumat terkini kerja kosong Malaysia.

KERJAYA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Selain itu pihak kami juga akan berkongsi maklumat dan informasi mengenai kerjaya Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia. Disebabkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik merupakan antara kerjaya pilihan ramai maka laman ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu, pendapat dan tips-tips peperiksaan PTD yang boleh digunakan sebagai panduan kepada sesiapa sahaja, terutamanya calon yang bakal menduduki exam PTD nanti.

Exam Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik merupakan exam yang mencabar, untuk menjadi seorang pegawai PTD anda perlu melalui tahap-tahap ujian yang tertentu yang ketat. Exam PTD berperingkat adalah antara halangan utama dan penyebab utama kenapa ramai graduan gagal menjadi pegawai PTD.

Antara faktor utama kegagalan para calon dalam exam PTD ialah tidak mengetahui dengan jelas proses lantikan PTD, apa yang perlu di ketahui dan tidak melakukan persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan nanti. Selain dari ketiadaan sumber rujukan utama, maka ramai calon peperiksaan Exam PTD gagal.

Jadi pihak Jobs Hub merasakan kewujudan laman ini adalah sesuai untuk memberi bantuan kepada para calon menghadapai peperiksaan nanti.

Pihak kami berharap laman ini dapat menjadi sumber rujukan, panduan dan dapat berkongsi sedikit tips peperiksaan Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik terutamanya kepada para calon yang akan menghadapi peperiksaan itu nanti.

Tinggalkan Komen Anda