Kerjaya dan Tugas Guru

Guru

Profesion perguruan adalah merupakan salah satu profesion yang sangat mulia. Kerjaya mereka adalah mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Baca juga: Kerjaya dan Tugas Seorang Kaunselor

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru adalah tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan. Peluang pekerjaan adalah sangat luas dalam bidang ini. Berikut merupakan tugasan secara ringkas tentang kerjaya sebagai guru.

Profesion guru sekolah berperanan untuk mengajar mata pelajaran yang berkenaan dan menyelia kerja-kerja di sekolah. Di samping itu, guru bertanggungjawab membentuk dan mengawal disiplin pelajar, merancang dan menyediakan pelajaran mengikut kurikulum dan sukatan yang ditetapkan.

Perkara di bawah menerangkan serba sedikit tentang profesion perguruan. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi guru, anda boleh menjadikan perkara-perkara di bawah sebagai rujukan. Guru merupakan kerjaya terpilih, profession perguruan dan pendidikan yang paling mendapat tumpuan para pencari kerja dan pelajar di Malaysia.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : –
  • Sektor Swasta (RM) : 2,300.00 – 2,700.00

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Perguruan
  • Ijazah Sarjana Pendidikan

Contoh Institusi

  • Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris

Senarai Tugas Guru

  • Mengatur,membantu dan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah;
  • Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan, seminar dan bengkel pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah;
  • Menyedia laporan tentang pencapaian pelajar serta berbincang dengan guru-guru lain dan ibu bapa pelajar;
  • Menyelia, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar;
  • Mengajar mata pelajaran yang berkenaan dan menyelia kerja sekolah serta disiplin pelajar.

Seorang guru juga boleh berkhidmat dalam bidang lain yang memerlukan khidmatnya.