Eksekutif Sumber Manusia

Eksekutif Sumber Manusia

Sebagai seorang eksekutif atau pentadbir sumber manusia, individu itu harus mengetahui bagaimana untuk mengurus, memberi motivasi, menjaga hati pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

Mereka juga perlu kreatif, bermotivasi tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi serta mahir menggunakan komputer. Banyak institusi yang menawarkan program dalam bidang ini. Oleh itu, peluang pekerjaan dalam bidang ini juga sangat banyak.

Berikut merupakan bidang tugas Eksekutif Sumber Manusia.

Eksekutif Sumber Manusia akan menjadi sumber rujukan dengan kepada pekerja lain dengan keupayaannya menganalisis bidang tugas di bawah kawalan untuk mencapai objektif jabatan, bahagian atau pusat di dalam sesebuah organisasi. Mereka juga akan mengurus para pekerja supaya semua kerja berjalan dengan lancar.

Deskripsi tentang bidang tugas Eksekutif Sumber Manusia boleh dilihat di bawah.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 1,700 – 5,200
  • Sektor Swasta (RM) : 1,960 – 4,280

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)

Contoh Institusi

  • Kolej Universiti Nilai
  • Kolej Komuniti
  • Universiti Putra Malaysia

Senarai Tugas

  • Menyediakan buku kecil/risalah maklumat pekerjaan dan sistem pengelasan pekerjaan;
  • Menguruskan rekod personel dan sistem maklumat sumber manusia yang berkenaan;
  • Memberikan nasihat dan menjalankan fungsi berkaitan pengambilan pekerja, penempatan, latihan, prestasi kakitangan, kenaikan pangkat, pampasan, dan perhubungan pekerja dengan pihak pengurusan;
  • Mengkaji dan menganalisis kerja yang dilaksanakan dalam sesuatu organisasi, menjalankan temu duga dengan pekerja, penyelia, dan pengurusan serta menulis keterangan tentang jawatan, kerja, dan pekerjaan yangterperinci daripada data yang diperoleh;
  • Mengkaji dan memberikan nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya, dan pendidikan atau latihan lanjutan; Memberikan bimbingan kepada pelajar, ibu bapa, dan guru berhubungdengan berbagai-bagai perkara, termasuk
  • Memberikan nasihat dan menjalankan kerja berhubung dengan aspek di atas serta aspek lain bagi analisis kerja dan pekerjaan dalam bidang seperti pentadbiran personel, penyelidikan dan perancangan tenaga manusia,latihan atau maklumat pekerjaan, dan bimbingan vokasional.

Contoh Pekerjaan Lain

  • Kerani Sumber Manusia
  • Penyelia Sumber Manusia
  • Pengurus Sumber Manusia

Khidmat seorang Eksekutif Sumber Manusia juga diperlukan dalam bidang lain yang berkaitan.

Recent search terms:

  • gaji pengurusan sumber manusia
  • tugas kerani sumber manusia
  • tugas pengurus sumber manusia
  • eksekutif sumber manusia
  • gaji pegawai sumber manusia
  • kolej komuniti bahagian sumber manusia
  • tugas-tugas ketua sumber manusia