Kerjaya Doktor Perubatan

Doktor Perubatan

Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit.  Disamping itu, Doktor Perubatan juga akan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik .

Mereka akan memeriksa pesakit dengan menggunakan peralatan perubatan seperti stetoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain peralatan perubatan bergantung kepada tanda-tanda penyakit yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-patologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul.

Doktor Perubatan merupakan individu yang bertanggungjawab mengesyorkan penggunaan ubat kepada pesakit berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu.

Maklumat di bawah merupakan serba sedikit spesifikasi yang berkaitan dengan kerjaya Doktor Perubatan seperti anggaran gaji, tahap pendidikan yang diperlukan untuk seseorang itu menjadi Doktor Perubatan, contoh institusi yang menawarkan pengajian yang berkaitan dengan bidang ini dan senarai tugas Doktor Perubatan.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2,800 – 3,500
  • Sektor Swasta (RM) : 5,700 – 12,100

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan

Contoh Institusi

  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia

Senarai Tugas

  • Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan lain, pakar perubatan, dan profesional kesihatan lain;
  • Mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk menjaga dan Meningkatkan kesihatan komuniti;
  • Memberikan preskripsi dan rawatan untuk penyakit, gangguan, atau kecederaan yang didiagnosis;
  • Memberikan nasihat dan menerapkan kaedah perubatan dan rawatan pencegahan;
  • Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;
  • Memeriksa pesakit untuk menentukan jenis jangkitan atau penyakit;
  • Menyediakan dokumen dan laporan saintifik

Kerjaya Doktor Perubatan ini juga boleh terdapat dalam bidang–bidang lain yang memerlukan khidmat Doktor Perubatan.