Kerjaya Doktor Pergigian

Doktor Pergigian

Kerjaya Doktor Pergigian merupakan antara kerjaya yang menjadi pilihan ramai pelajar dan calon yang berkelayakan di Malaysia. Untuk menjadi doktor pergigian calon yang berminat perlulah mempunyai ijazah dalam bidang berkaitan. Berikut merupakan deskripsi ringkas mengenai kerjaya doktor pergigian.

Secara umumnya, kerjaya Doktor Pergigian adalah mendiagnos dan merawat masalah yang berlaku terhadap gigi pesakit seperti gangguan pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gisi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan dan mempreskripsi ubat dan mengambil langkah pencegahan.

Baca juga: Kerjaya Doktor Perubatan

Kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang Doktor Pergigian, anda bolehlah merujuk tentang perkara-perkara seperti yang terdapat dalam maklumat di bawah yang berkaitan dengan kerjaya Doktor Perubatan.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2,800 – 3,300
  • Sektor Swasta (RM) : 2,000 – 3,800

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian

Contoh Institusi

  • Universiti Malaya
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia

Senarai Tugas

  • Memberikan rawatan pembedahan, perubatan, dan rawatan lain untuk jenis penyakit dan gangguan pergigian dan mulut tertentu;
  • Memeriksa gigi, gusi, rahang, dan tisu mulut lain menggunakan kelengkapan pergigian dan x-ray;
  • Mendiagnos, memberikan nasihat, dan rawatan pergigian yang perlu; Membersih dan menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat bentuk ;
  • Membina inlai dan korona palsu untuk menggantikan gigi;
  • Merekabentuk, membina dan memadankan gigi palsu lengkap dan separa, ortodontik dan perkakas lain, dan melaksanakan kerja titian;
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti awam untuk memelihara dan meningkatkan standard kesihatan mulut dan penjagaan gigi;

Bidang kerjaya ini juga boleh memasuki bidang yang lain yang memerlukan khidmat Doktor Pergigian.