Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 2014

Soalan SPA Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

SOALAN SPA PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27 2014

Berdasarkan hebahan terbaru dari pihak SPA Malaysia, akan berlangsung satu lagi Peperiksaan Online bagi Penolong Penguasa Kastam Gred W27 awal Ogos nanti. Berikut merupakan informasi lengkap jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 dan beberapa contoh soalan terkini untuk rujukan calon terlibat dalam peperiksaan online SPA.

Pastikan anda melanggan sebagai pembaca laman ini untuk mendapatkan hebahan terkini jualan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 tidak lama lagi.

Anda boleh mendapatkan contoh soalan Penolong Penguasa Kastam W27 melalui link berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan peperiksaan anda.

Klik link di bawah dan daftar nama anda. Hebahan akan di buat terus ke email anda apabila jualan di buka.

Soalan Pengetahuan AM Kastam W27

BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Sebagai alternatif, anda juga boleh melanggan sebagai pembaca laman ini. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email anda apabila jualan di buka nanti.

LANGGAN PANDUAN KHAS PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)

SEPINTAS LALU MENGENAI TUGAS KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Kini tugas seorang anggota Kastam di Malaysia bukan sekadar memantau kegiatan penyeludupan dan bertugas mengutip cukai tertentu di bawah bidang kuasa Kastam Di Raja Malaysia sahaja. Anggota Kastam kini perlu melakukan lebih dari itu selari dengan kepesatan pembangunan negara.

Jika dahulu, tugas mereka lebih sinonim dengan peranan mengawal keselamatan negara di kawasan sempadan – mengawal aktiviti penyeludupan dan sebagainya. Anggota Kastam juga kini bertangungjawab dalam melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar Kastam negara yang berkaitan.

Selari dengan pembangunan dan kepesatan pembangunan teknologi dan maklumat, Kastam Di Raja Malaysia memerlukan anggota yang menguasai ilmu pengetahuan berhubung kecanggihan teknologi terkini selain mempunyai pengetahuan dalam hal pendakwaan.

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED W27

Berdasarkan deskripsi tugas yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Seorang Penolong Penguasa Kastam mempunyai tanggungjawab berikut;

  • Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  • Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  • Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  • Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  • Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  • Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Di Malaysia, untuk menjadi seorang Penolong Penguasa Kastam calon perlulah mempunyai cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
  • kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Seorang calon yang mempunyai cukup syarat seperti di atas adalah layak untuk memohon kerja sebagai seorang Penolong Penguasa Kastam.

TUGAS UMUM SEORANG PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Penolong Penguasa Kastam boleh melakukan beberapa atau semua tugas seperti di bawah bergantung kepada undang-undang Kastam sesebuah negara/negeri yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan bidang tugas umum seorang Penolong Penguasa Kastam di Malaysia.

MENGUTIP CUKAI BAGI KERAJAAN

Ia merupakan peranan penting yang dimainkan oleh Kastam yang bertanggungjawab mengutip cukai bagi pihak Kerajaan. Semua aktiviti perdagangan peringkat antarabangsa atau tempatan akan di kawal oleh pihak Kastam melalui dasar perlesenan dan percukaian.

Mengutip cukai perniagaan juga termasuk dalam bidang tugas umum seorang Pegawai Kastam Malaysia. Cukai perniagaan dikenakan keatas semua perniagaan yang berdaftar, cukai diwajibkan apabila nilai pendapatan perniagaan tersebut mencapai tahap yang ditetapkan kerajaan.

MENJAGA KESELAMATAN NEGARA

Jabatan Kastam juga berperanan dalam membantu mengawal keselamatan negara melalui pengawalan sempadan negara. Tugas utama ialah mengawal aktiviti penyeludupan barang sama ada barang yang di bawa keluar atau di bawa masuk ke negara yang boleh menyalahi undang-undang.

Pemeriksaan barangan import juga perlu dilakukan oleh seorang anggota Kastam Malaysia. Ini untuk memastikan setiap barangan import tidak terkecuali dari membayar cukai.

TUGAS KHUSUS PEGAWAI KASTAM

Berikut merupakan tugas khusus seorang Pegawai Kastam di setiap negeri di Malaysia yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah;

  • Kastam dan Perindustrian – Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu import, eksport dan perindustrian. Ia lebih berkait dengan tugas memantau perjalanan import dan eksport negara yang kebiasaannya berlaku di sempadan, perlabuhan dan kawasan perindustrian.
  • Cukai Dalaman – Berkaitan dengan kawalan perlesenan, kawalan kemudahan dan kawaln pungutan.
  • Pengurusan – Lebih tertumpu kepada pengurusan pejabat.
  • Perkhidmatan Teknik – Tertumpu kepada empat bidang iaitu penjenisan dan penilaian, pasca import, perakaunan hasil dan pemeriksaan akaun.
  • Pencegahan – Lebih tertumpu kepada lima aspek penting iaitu risikan dan siasatan, pendakwaan, narkotik, marin dan unit pencegah penyeludupan.

KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

Seorang Penolong Penguasa Kastam yang baik perlulah mempunyai kemahiran dan pegetahuan tetentu yang boleh membantu dalam tugas, antara nilai tambah yang diperlukan oleh seorang Penolong Penguasa Kastam adalah seperti berikut:

  • Pengetahuan dan kefahaman mengenai pelbagai budaya
  • Kemahiran komunikasi,analitikal dan kemahiran penyelidikan serta berpengetahuan undang-undang Kastam, dasar-dasar dan prosedur rasmi.
  • Keupayaan untuk bertutur bahasa lain adalah amat membantu dalam kerjaya ini.

PEPERIKSAAN MEMASUKI BIDANG KERJAYA PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Sebelum seseorang calon di panggil untuk di temuduga Penolong Penguasa Kastam W27, calon tersebut perlulah lulus peperiksaan Penolong Penguasa Kastam yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Selalunya calon yang lulus peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain yang berkaitan.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Penolong Penguasa Kastam nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Penolong Penguasa Kastam dengan baik.

Selain itu, calon peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 juga boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Penguasa Kastam yang telah disediakan sebagai panduan menjawab soalan nanti.

PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Berdasarkan format peperiksaan online terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 mempunyai 3 seksyen utama iaitu;

  • Seksyen A: Pengetahuan AM
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGUASA KASTAM W27: SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa.

Berikut merupakan contoh soalan Pengetahuan AM peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Penolong Penguasa Kastam W27

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGUASA KASTAM W27: SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Menggunakan Logik untuk Menyelesaikan Masalah.

Dalam seksyen ini calon akan diberikan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan acara, pengurusan media dan perhubungan awam. Calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untuk menyelesaikan
permasalahan yang diberikan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Calon akan diberikan data atau jadual yang menggunakan pelbagai perangkaan. Daripada perangkaan ini calon dikehendaki menganalisis data atau jadual yang diberikan dengan menggunakan kaedah seperti carta pai, carta bar atau graf.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

Berikut merupakan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27, Seksyen B Matematik yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan. Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Matematik Penolong Penguasa Kastam W27

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Penguasa Kastam W27

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Untuk contoh lengkap, anda boleh mendapatkan contoh soalan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ini melalui link pembelian di atas atau di bawah.

DAPATKAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Anda boleh mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 melalui link berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan Peperiksaan SPA dan Temuduga anda.

Soalan Pengetahuan AM Kastam W27

BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Sebagai alternatif, anda juga boleh melanggan sebagai pembaca laman ini. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email anda apabila jualan di buka nanti.

LANGGAN PANDUAN KHAS PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)