Contoh Resume Kerja Kerajaan

Contoh Resume Kerja Kerajaan dan Swasta Yang Baik

Ya… resume…resume untuk kerja kerajaan…resume untuk kerja swasta…

Bagaimana anda menyediakan resume anda?

Anda boleh menyediakan resume kerja kerajaan berdasarkan contoh resume atau template resume yang anda temui di internet. Apa yang anda perlu lakukan hanya lakukan sedikit carian contoh resume kerja kerajaan, ambil templatenya dan isi butiran peribadi anda. Selepas itu hantar kepada semua syarikat menggunakan template itu.

Apa yang anda lakukan tidak salah, namun apa isi dan kandungan yang anda letakkan dalam resume tersebut?

Adakah resume anda menepati piawaian syarikat tempat anda memohon kerja, adakah resume anda akan di baca nanti.

Jadi, apa yang anda letak dalam resume SANGAT PENTING.

Apa itu Resume?

Resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.

Perbezaan Resume dengan Curriculum-Vitae (CV)

Kandungan CV lebih terperinci yang mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional.

Jenis-jenis Resume

Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional Resume ataupun Combination Resume.

Chronological Resume

Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau beberapa pekerjaan yang terakhir) diterangkan secara terperinci, dan tiada seksyen major tentang kemahiran dan pencapaian pada permulaan resume.

Resume ini biasa digunakan apabila seseorang itu melakukan pekerjaan yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan bidang yang sama. Ia juga digunakan didalam bidang perundangan dan akademik. Adalah disarankan bahawa jenis resume ini disertakan dengan objektif dan kesimpulan, supaya menjadi fokus untuk bacaan majikan.

Functional Resume

Functional Resume lebih memfokus ke arah kemahiran dan pengalaman anda berbanding berapa banyak jawatan yang telah anda pegang. Ia kerap digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau sudah lama tidak bekerja.

Combination Resume

Combination Resume menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda terlebih dahulu. Seberapa banyak pekerjaan yang telah anda lakukan akan disenaraikan kemudian.

Dengan resume jenis ini, anda boleh mengetengahkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, dan juga menyediakan maklumat tentang sejarah pekerjaan anda mengikut keperluan majikan.

Penyediaan Resume yang berkesan

Jangan ambil mudah di dalam menyediakan resume anda. Kegagalan seseorang calon untuk menyediakan resume yang berkesan boleh menyebabkan anda gagal dipanggil temuduga. Antara tip-tip penyediaan resume yang berkesan adalah seperti berikut :

Resume Kerja Kerajaan Yang Baik

Kesilapan dalam penyediaan Resume

Kebanyakan calon tidak menyedari tentang kesilapan yang sering dilakukan di dalam penyediaan resume. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah :

Resume Kerja Kerajaan Yang Kurang Berkesan

Surat Iringan Resume

Sekiranya calon membuat permohonan secara bertulis dengan menghantar resume kepada majikan, sebaik-baiknya hendaklah disertakan dengan surat iringan yang ringkas dan padat. Walaubagaimanapun, maklumat di dalam surat tidak boleh bertindih dengan maklumat dalam resume.

Bagaimana Menghasilkan Resume Yang Baik

Untuk menghasilkan resume kerja kerajaan dan swasta dengan baik, pihak kami ingin kongsikan 2 modul menarik yang terdapat dalam panduan Strategi Kerjaya. Iaitu modul template resume dan modul contoh-contoh resume yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan killer resume anda sendiri.

Modul Template Resume Terkini

Template Resume Kerja Kerajaan

Ingin menghasilkan resume yang dapat menarik perhatian syarikat-syarikat? Maka, template resume ini dihasilkan untuk anda.

Untuk memudahkan anda menghasilkan resume kerja kerajaan dan swasta anda sendiri, anda hanya perlu kepada template resume ini.

Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya isikan butiran peribadi anda dan anda telah bersedia untuk memohon sebarang kerja.

 

Modul Contoh ResumeĀ 

Contoh Resume Kerja Kerajaan

Mahu membuat resume anda sendiri?

Nak tengok resume yang orang sudah gunakan dan dapat kerja yang mereka nak?

Maka, modul ini dihasilkan untuk membantu anda. Ianya dilengkapi dan disertakan contoh resume yang boleh anda lihat supaya anda dapat lihat bagaimana anda boleh membuat resume anda sendiri.

 

Dapatkan Pakej Resume Kerja Kerajaan dan Swasta

Panduan resume kerja kerajaan dan swasta ini sebenarnya sebahagian dari Pakej Rujukan Strategi Kerjaya yang hangat diperkatakan sekarang oleh para graduan dan pencari kerja.

Untuk memiliki contoh resume kerja kerajaan dan swasta di atas anda bolehlah membuat pembelian melalui link di bawah.

http://www.jobshub.info/product/strategi-kerjaya/

Untuk pengetahuan, Panduan Strategi Kerjaya Malaysia yang kami kongsikan melalui link di atas merupakan himpunan modul lengkap khas untuk graduan dan pencari kerja. Pelbagai ilmu dan informasi menarik bagaimana hendak membina kerjaya anda dikongsikan dalam panduan tersebut.

Baca juga: Panduan Lengkap Mencari Kerja Kerajaan dan Swasta

Kredit Gambar: Resume/ShutterStock/JobsMalaysia