Kerjaya Ahli Audiologi

Ahli Audiologi

Menjadi Ahli Audiologi adalah merupakan salah satu bidang pekerjaan yang sangat dituntut di negara kita. Hal ini adalah kerana masih kurang tenaga kerja dalam bidang ini. Bagi sesiapa yang ingin mencuba nasib dalam bidang ini, berikut merupakan huraian secara ringkas tentang Ahli Audiologi.

Baca juga: Kerjaya Doktor Pergigian

Ahli Audiologi bertanggung jawab untuk menyembuhkan dan memperbaiki pendengaran, keseimbangan dan juga masalah yang berkait dengan telinga. Mereka akan mengaplikasikan prinsip saintifik untuk menilai, mendiagnosis dan menguruskan pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, keseimbangan dan tinnitus serta memastikan teknik penilian yang terbukti baik digunakan untuk menguji pesakit dan membangunkan atau menilai perkembangan teknik baru.

Baca juga: Kerjaya Doktor Perubatan

Bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja sebagai Ahli Audiologi, anda bolehlah merujuk perkara-perkara di bawah di mana ia menghuraikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan Ahli Audiologi.

Anggaran Gaji

  • Sektor awam (RM) :-
  • Sektor Swasta (RM) : 2, 500 – 2, 700

Tahap Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Audologi) / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Audiologi / setaraf

Contoh Institusi

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Lain-lain Institusi pengajian tinggi awam / swasta yang berkaitan

Senarai Tugas

  • Memberi nasihat tentang pemilihan, pemasangan dan penilaian alat bantuan mendengar, khidmat kaunseling dan terapi serta menyelenggara program rehabilitasi;
  • Berhubung dengan pelbagai peringkat umur pesakit;
  • Menjalankan ujian auditori untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa untuk menilai tahap pendengaran mereka;
  • Mentafsir dan melaporkan keputusan ujian; membangunkan dan menambah baik teknik ujian;
  • Menyelidik kemajuan baru dalam teknologi bantuan mendengar seperti alat bantuan digital;
  • Menguji dan menyelenggara peranti yang diimplan seperti implan koklea;
  • Mengendalikan kelengkapan audiometric;
  • Mengendalikan penyelidikan dalam gangguan yang menjejaskan pendengaran dan kesimbangan;
  • Menguruskan perkhidmatan audiologi termasuk memantau atau menambah baik kualiti perkhidmatan;
  • Mengambil bahagian dalam penggubalan dan perlaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan masyarakat.

Contoh Pekerjaan Lain

Selain daripada pekerjaan seperti yang tertulis di atas, Ahli Audiologi juga boleh bekerja dalam bidang pekerjaan yang lain yang memerlukan khidmat Ahli Audiologi ini.

Recent search terms:

  • bidang audiologi